Klasifikasi: P13
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 20 Mac 2014
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Awie, Sofi Jikan, Ucop Wilcha, Dayana Roza, Eina Azman
Imbasan Awal :
Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.
Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan.
Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.
Ulasan Penulis
Seperti biasa Mamat Khalid cuba menyampaikan mesej melalui filem yang boleh dikatakan menarik serta lain dari yang lain.
Filem sambungan daripada kisah zombi yang terdahulu, Zombi Kampung Pisang mengisahkan penduduk yang menerima rawatan akhirnya bertukar menjadi zombie.
Jika dilihat ia cuba memberikan gambaran tentang ubat yang sebenarnya diedarkan kepada pesakit dan pekerja di kilang tersebut oleh Dr Sofi merupakan dadah yang menyebabkan ketagihan.
Para penagih ini telah bertukar menjadi zombi setelah menerima rawatan berupa ubat daripada Dr Sofi.
Daripada segi lawak dan susunan jalan cerita, Zombie Kilang Biskut dilihat kurang menyengat berbanding filem Mamat Khalid terdahulu dan termasuklah yang menjadi asas trilogi kisah zombie ini iaitu Zombi Kampung Pisang.
Namun begitu keletah para pelakon yang membintangi filem pertama terbitan Injit-Injit Semut Sdn Bhd ini tetap membuatkan para penonton tidak kering gusi dengan jenaka bersahaja mereka.
Memperkenalkan beberapa bakat baru juga dilihat berjaya kerana berjaya menjiwai watak.
Melihat daripada aspek yang lain, filem ini cuba menyampaikan mesej yang tersendiri dengan pendekatan yang sedikit berbeza daripada filem lain yang dihasilkan di negara ini.
Lengkap dengan jenaka dan pengajaran, Zombi Kilang Biskut akan disambung dengan episod terakhir trilogi ini tidak lama lagi.
Diharapkan untuk filem terakhir trilogi ini kelak akan memberikan impak mungkin daripada isu semasa yang ada kini atau apa sahaja yang mungkin terlintas di minda pengarahnya Mamat Khalid.
Sinopsis :
Abang Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di kilang biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi technician bersama-sama Wahab B.
Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.
Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.
Secara tidak langsung, kampung mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.
Konflik ini telah mencetuskan huru hara di Kampung Pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombie telah mula menyerang.
Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.
0 comments:
Post a Comment