♠ Posted by Unknown in Bikin Panas,Tempatan at 07:59
Satu langkah yang bijak dan sangat wajar telah pun diambil oleh Hanez Suraya. Seperti yang kita sedia maklum, susulan kontroversi dirinya dengan suami orang, Hanez Suraya telah menerima pelbagai ugutan yang mengancam keselamatan dirinya. Kalau jadi Hanez, sedikit sebanyak akan takut dan rasa cuak juga. Kita bukannya tahu sejauh mana orang lain sanggup melakukan sesuatu terhadap diri kita
Kata Hanez menerusi Mstar Online:-
Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama
Sekiranya anda membaca komen-komen di Instagram Hanez Suraya, memang tertera ratusan komen daripada manusia tidak dikenali yang mengancam dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada pelakon ini. Sekurang-kurangnya dengan ada “bodyguard”, makin sukarlah untuk perkara yang tidak diingin berlaku. Rasa selamat sedikit apabila keluar berjalan-jalan. Memang agak leceh dan rasa tidak selesa, namun demi keselamatan, apa salahnya kan?
0 comments:
Post a Comment