♠ Posted by Unknown in AntaraBangsa at 07:42
Nampaknya aktor Brad Pitt benar-benar menyukai band muzik rock Amerika , Kings Of Leon yang sebelum ini popular dengan lagu-lagu seperti King Of Rodeo, On Call dan Sex On Fire.
Brad Pitt yang bakal mengahwini tunangnya, Angelina Jolie pada tahun ini dikatakan mahu menempah band muzik yang lebih dulu menempa nama di United Kingdom itu untuk beraksi di dalam majlis perkahwinan mereka.
Aktor yang pernah beraksi dengan tunangnya dalam filem Mr & Mrs Smith itu juga berharap Kings Of Leon yang dianggotai oleh tiga beradik iaitu Caleb Followill selaku vokal utama, gitar rhythm, Jared Followill (gitar bass, keyboard, synthesizer, vokal latar), Nathan Followill (dram, perkusi, vokal latar) serta sepupu mereka iaitu
Matthew Followill (gitar utama, keyaboard), piano dan vokal latar) itu juga berharap band muzik tersebut tidak akan menjayakan sebarang konsert jelajah pada saat majlis perkahwinan mereka itu bakal berlangsung nanti.
"Brad Pitt telah meluangkan masa untuk berparti dengan Kings Of leon pada minggu lalu. Pada waktu itu, dia telah mengambil kesempatan untuk menyatakan hasratnya kepada Caleb agar Kings Of Leon dapat beraksi di majlis perkahwinannya dengan Angelina Jolie. Ia mungkin bakal menjadi kenyataan, seandainya Kings Of Leon mampu mengosongkan jadual mereka pada tarikh tersebut," katanya.
Brad Pitt dan Angelina Jolie yang mula menjalinkan percintaan di lokasi Mr & Mrs Smith pada 2005 kini membesarkan 6 orang anak bersama-sama. Mereka bertunang pada April 2012.
0 comments:
Post a Comment