♠ Posted by Unknown in Tempatan at 13:44
Sebenarnya, di kalangan peminat dan pihak media sendiri masih tertanya tanya akan khabar angin yang kedengaran sejak dua bulan yang lalu ini. Adakah benar rumahtangga Dynas Mokhtar kini dilanda masalah?
Menjawab soalan daripada wartawan portal GUA, Dynas Mokhtar yang ditemui baru baru ini menafikan cakap cakap yang kononnya beliau sudah bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
GUA turut melaporkan yang Dynas Mokhtar bagaimanapun dilihat cuba mengelak apabila diajukan mengenai perkara tersebut.
“Ini semua hanya gosip. Perkara tersebut tidak benar sama sekali. Saya rasa lebih baik jika kita bercakap mengenai isu ini pada waktu lain kerana anak-anak saya ada di sini, jadi tidaklah sesuai rasanya,” ujar Dynas Mokhtar.
GUA berjanji akan melaporkan lebih lagi tentang apa yang dijawab Dynas Mokhtar tentang isu ini ketika ditemui jadi kawan kawan, stay tuned!
Developing…
0 comments:
Post a Comment