Apokalips X Gambarkan Kehancuran Dunia Jika Tiada Perpaduan

♠ Posted by Unknown in , at 10:46

Filem: Apokalips X

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi Fantasi

Tarikh Tayangan: 3 April 2014

Pengarah: Mamat Khalid

Pelakon: Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Miera Leyana
 
Imbasan Awal
 
Apokalips yang dipinjam dari bahasa Inggeris Apocalypse membawa maksud malapetaka yang paling dahsyat dan termaktub dirujuk kepada hari pengadilan. Peperangan hebat berlaku di seluruh pangea sejak mentari terbit dari barat. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
 
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas.
 
Ulasan Penulis
 
Seperti biasa Mamat Khalid cuba menyampaikan mesej melalui filem diarahkannya dan filem aksi pertama arahannya ini boleh dikelaskan sebagai filem yang menarik serta lain dari yang lain. Menarik pada pemerhatian penulis kerana Apokalips X dapat membuatkan penonton untuk tidak bangun atau keluar daripada panggung kerana jalan ceritanya.
 
Sebagai filem yang dihasilkan dengan gabungan konsep manga dan juga teknik pengimejan yang lain, Apokalips X dilihat berjaya mengelak daripada meninggalkan kecacatan pada babak yang dipertontonkan. Jika ia diberi lebih peruntukan barangkali ia mampu diperkemaskan lagi dan dapat memuaskan hati penonton tempatan yang seringkali memberikan gambaran buruk tentang CGI yang digunakan dan sebagainya. Namun Apokalips X mengaburi mata penonton dek jalan ceritanya yang sangat bagus.
 
Situasi yang digambarkan Mamat Khalid bukanlah hanya sekadar gambaran semata-mata tanpa rasionalnya melihat kepada keadaan dunia kini yang semakin dilanda pelbagai bencana. Garapan yang dibuat oleh pengarah ini agar ia merangkumi komuniti yang ada di Malaysia ini turut mencermintakan situasi yang berlaku kini.
 
Selain daripada jalan cerita yang menarik penonton tempatan disarankan untuk mencuba selera baru yang ditawarkan oleh Mamat Khalid ini kerana mood yang dikongsi olehnya kepada penonton seakan sampai seperti susunan babak, permulaan hingga ke akhir kepada bahagian aksi bertarung yang berjaya dibuat dengan kemas.
 
Khabarnya, filem ini telah dipotong lebih 27 babak oleh LPF dan antara babaknya adalah yang menjurus kepada paparan mengenai dadah, gangster dan beberapa elemen lain yang tidak dirasakan perlu oleh pihak LPF.
 
Penampilan banyak nama hebat dalam industri seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Dazrin Kamaruddin, Adam AF dan ramai lagi berjaya menghidupkan filem aksi pertama arahan Mamat Khalid ini. bergantung kepada selera penonton juga yang mana jenis filem yang diminati mereka, tetapi Apokalips X antara hidangan baru yang berhak dinaikkan dan diketengahkan agar industri filem negara tidak terus diancam kepupusan karya anak tempatan.
 
Sinopsis
 
Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup. Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka. X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila.
 
Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai (Adam AF), pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Leyana). Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya.
 
Apabila ketegangan antara X dan Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya disamping bersiap sedia untuk membuat serangan.
Peperangan yang pernah memusnahkan segalanya sudah pasti akan berulang. Sanggupkah Aman Chai, QiQi dan anak-anak muda yang lain bertahandan terus hidup? Adakah X akan setia berpegang kepada pendiriannya untuk tidak berperang setelah bersetuju dengan perjanjian damai satu waktu dahulu? Apakah Kala berjaya menguasai semua kawasan seperti yang diimpikannya? Nantikan Apokalips X, 3 April 2014 di pawagam1
 

0 comments:

Post a Comment