♠ Posted by Unknown in AntaraBangsa at 06:41
Kita mulakan hari ini dengan satu berita dunia hiburan Korea yang pastinya meruntun jiwa raga para jejaka dan gadis di luar sana. Tiffany daripada kumpulan SNSD/Girl’s Generation dan Nickchun 2PM kini telah pun disahkan bercinta. Hubungan mereka yang bermula sebagai kawan menjadi semakin rapat dan bertukar kepada “couple” sejak 4 bulan lalu.
Berita ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi mereka iaitu SM Entertainmet dan JYP Entertainment. Salah satu kenyataan tersebut berbunyi:-
" Seperti yang telah dilaporkan, Tiffany dan Nickhun telah pun bercinta sejak 4 bulan yang lalu. Mereka bermula sebagai kawan dan kini adalah pasangan kekasih. "
Semoga percintaan mereka berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Memang mereka berdua bak pinang dibelah dua. Tahniah!!!
0 comments:
Post a Comment