♠ Posted by Unknown in AntaraBangsa at 20:34
Bulan Mei pastinya bakal menjadi memori indah buat pencinta K-Pop apabila kumpulan terkenal dari negara Korea Selatan iaitu 2NE1 bakal hadir ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia tidak lama lagi.
2NE1 yang diangotai oleh empat orang wanita cantik iaitu CL, Bom, Dara dan Minzy ini akan menghangatkan Stadium Negara dengan lagu-lagu rancak yang sudah pastinya bakal membuat Blackjack (gelaran peminat) menari bersama!
Konsert ini juga adalah bersempena dengan pelancaran single terbaru mereka berjudul ‘Missing You.’
Menariknya lagi, dua orang pengarah kreatif untuk konsert 2NE1 ini iaitu Travis Payne dan Stacy Walker merupakan bukan calang-calang orang kerana pernah mengarahkan
koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson semasa ‘This Is It Tour.’
Blackjack di Malaysia bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan kehebatan 2NE1 ini beraksi dipentas.
‘2NE1 World Tour All Or Nothing Live In Malaysia’ ini akan berlangsung pada Sabtu, 24 Mei 2014 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, jam 7.30 pm bersama IME Production selaku peganjur.
Jadi, kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah menghubungi 03-92228811 atau boleh terus membeli secara online di www.tickercharge.com.my.
Tiket-tiket juga boleh didapati di pejabat TicketCharge atau cawangan Speedy Music, Rock Corner Music, Victoria Music Center, Neway Karaoke dan juga Celcom Blue Cube.
Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
RM599 (VVIP- numbered seat), RM499 (Rock Zone- free standing), RM399 (numbered seat) dan RM199 (free seating).
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi 2NE1 dan juga pihak penganjur, IME Production di www.facebook.com.my/2NE1 atau www.facebook.com.my/imemy.
0 comments:
Post a Comment