Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Sydney!

♠ Posted by Unknown in ,
 
Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.
 
Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!
 
Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.
 
Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Hmmm.

Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater

♠ Posted by Unknown in
 
Sebelum itu, manis kami nampak Nasha Aziz bertudung. Pelakon popular ini kini sedang giat menjalani latihan untuk menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
 
Salah satu bakat beliau yang diperlukan dalam menjayakan teater ini adalah bakat menyanyi dan Nasha Aziz mengakui yang beliau kini sudah masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu lagu untuk pementasan itu kelak.
 
“Sebenarnya, saya lihat nyanyian saya lebih pada untuk bercerita dan bukan untuk menyanyi semata-mata. Tetapi setakat ini saya tidak ada masalah untuk merakamkan lagu di dalam studio kerana ianya jadi senang sebab kita sampaikannya satu-satu”
 
Walaupun mempunyai suara untuk menyanyi & bukan pertama kali diperlukan untuk melontarkan suaranya (sebelum ini melalui teater Lantai T.Pinkie), Nasha Aziz berkata beliau tidak berminat untuk menjadikan nyanyian satu kerjaya.
 
“Cukuplah sekadar menyanyi untuk teater, saya tidak berminat untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Semangat daripada semua yang terlibat menjadikan aspek nyanyian untuk teater ini menjadi menarik dan seronok,” ujarnya.
 
Teater Di Bawah Lindungan Kaabah turut menampilkan Adi Putra, Dafi AF, Elfira Loy dan Liza Abdullah dan ianya bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan. Tiket dijual serendah RM30 boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com.

The Other Woman: Tiga Wanita Bersatu Kerana Dendamkan Lelaki

♠ Posted by Unknown in
 
The Other Woman (2014) yang bakal ke pawagam Malaysia pada 1 May ini membariskan nama besar dalam dunia perfileman Hollywood iaitu Cameron Diaz & Leslie Mann dan juga model seksi terkenal, Kate Upton — dan gandingan mereka tidak begitu mengecewakan.
 
Konsep filem ini cukup mudah — konspirasi nakal seorang isteri (lakonan Leslie Mann) bersama dua orang skandal suaminya lakonan Cameron Diaz & Kate Upton yang ingin membalas dendam terhadap lelaki itu yang kini mempunyai skandal ketiga.
 
Filem ini cukup ringan untuk tontonan semua terima kasih kepada chemistry yang boleh dirasai antara Camron Diaz & Leslie Mann dan dengan filem berformula feminis sebegini, tidak banyak sebenarnya yang boleh kita harapkan. Heh.

Kisah bermula dengan watak lakona Cameron Diaz, Carly seorang peguam di kota Manhattan yang suka mengejar lelaki namun satu perasaan luar biasa timbul apabila bertemu dengan suami kepada Kate (Leslie Mann) bernama Mark King yang dilakonan oleh Nikolaj Coster-Waldau (Game of Thrones). Satu hari, Carly telah pergi ke rumah lelaki idaman ini berpakaian penuh menggoda namun beliau disambut oleh isterinya pula.
 
Kate yang pada mulanya tidak tahu apa apa tentang aktiviti suaminya di luar mula mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan beliau pergi ke pejabat Carly (di mana anda akan nampak kemunculan Nicki Minaj sebagai pembantu peribadi) — bukan untuk menyerang, tetapi untuk berbicara hati ke hati seperti seorang rakan baik. Like what?
 
Dan bermulalah persahabatan dua wanita ini yang banyak berbicara tentang permasalahan hubungan dengan lelaki sebelum mereka berdua keluar minum bersama & kita boleh lihat Leslie Mann kekal cemerlang dalam watak mabuk seperti dalam filem The 40-Year-Old Virgin.
 
Kate Upton yang kemudian menyertai pakatan ini kami rasa hanya muncul sebagai pencuci mata dan sebenarnya tidak banyak memberikan karisma kepada gandingan mereka bertiga. Masih, kami suka dengan adanya model popular ini. Heh.
 
Hendak tahu apa sebenarnya konflik yang cuba dikejar oleh tiga orang wanita ini terhadap seorang lelaki yang mereka sama sama gilakan, haruslah anda menonton filem ini di pawagam kelak, bermula Khamis ini untuk tayangan di seluruh Malaysia.
 
Peminat yang mengharapkan komedi dan kelakar tahap runtuh bumbung mungkin akan sedikit kecewa namun ianya sebuah filem yang selamat untuk ditonton bersama kekasih atau kawan kawan — masih banyak babak kelakar cukup untuk tidak membuatkan anda bosan.
 

Zam Tepati Ramalan, Muncul Juara Skool of Lawak

♠ Posted by Unknown in
 
Pelajar Zam menepati ramalan barisan pihak juri selepas diumumkan juara program realiti ‘Komedi Ada Kelas’ Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Studio Megastar, Arena malam tadi.
 
Zam atau nama sebenar Muhammad Rizam Zaaffar, 26, berjaya menewaskan dua lima peserta yang lain sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.
 
Tempat kedua milik satu-satunya pelahar wanita yang berjaya melangkahkan kaki ke gelanggang akhir iaitu Fiza, 25, dengan membawa pulang wang tunai RM50,000 dengan sebuah trofi. Manakala bekas peserta program Raja Lawak, One berjaya menerima wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.
 
Jelas Othman Hafsham selaku pengetua Skool of Lawak, kemenangan Zam sudah menjadi jangkaan barisan tenaga pengajar dan pihak juri selepas menerima undian tertinggi selain peningkatan yang ditunjukkan pelajar kelahiran Banting, Selangor ini.
 
“Kami barisan tenaga pengajar dan barisan juri sudah menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Zam. Ini kerana dia berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak selain mutu persembahan yang cukup bagus.
 
“Tidak bermakna lima peserta yang lain tidak menonjol, cuma kelebihan yang dimiliki oleh Zam merupakan faktor utama dia menjadi pilihan pihak juri dan para pengundi,” ujar Othman.
 
Selain Zam, Fiza dan One, tiga pelajar yang turut sama beraksi di gelanggang akhir Skool of Lawak ialah Azmi, Yus dan Mail.
 
Enam pelajar Skool of Lawak telah diuji dengan tiga tema mencabar iaitu bebas bersama pelawak jemputan, muzikal dan komedi Stand Up.
 
Sistem permarkahan diadili dengan 70 peratus daripada barisan juri yang terdiri daripada Rosyam Nor, Prof Abdul Razak Mohaideen dan Mamat Khalid manakala 30 peratus daripada undian penonton.
 
Gelanggang akhir program Skool of Lawak disiarkan bermula pukul 10 malam, secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
 
Layari www.skooloflawak.com.my untuk info terkini!
 
Jangan lupa untuk terus menonton saluran Astro Warna yang bakal mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records dengan menyiarkan program lawak tanpa henti selama 24 jam.Program tersebut yang dinamakan sebagai Lawak Siang Malam bakal bersiaran bermula 25 April pukul 10 malam dan berakhir pada 26 April, jam 10 malam.

Almy Nadia Selamat Bergelar Isteri Fizz Fairuz Dengan Sekali Lafaz

♠ Posted by Unknown in
 
Pasangan selebriti yang banyak menempuh dugaan sepanjang hubungan mereka, Fizz Fairuz & Almy Nadia telah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.
 
Almy Nadia dan Fizz Fairuz pada tengahari tadi telah melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum sah bergelar suami isteri sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan, heh.
 
Majlis akad nikah yang berlangsung hari ini mengambil tempat Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tahniah buat keluarga kedua dua mereka, semoga hubungan dan ikatan yang terbina ini kekal sehingga pintu syurga. Kami suka tengok anda berdua. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Almy Nadia & Fizz Fairuz hari ini

Saya Tunggu Surat Saman Dari Sharnaaz Ahmad - Fauzi Nawawi

♠ Posted by Unknown in ,
 
Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati.
 
Sementara Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini memberitahu media yang dia mahu menyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.
 
“Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung”
 
“Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya”, kata Fauzi Nawawi yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.
 
Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas isterinya bersalin.
Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
 
Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan undang undang.
 
“Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya. Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia,” katanya lagi.

Sammy Simorangkir Kembali Bersama Nadia Annuar?

♠ Posted by Unknown in
 
Sekitar Disember 2013 yang lalu, penyanyi kelahiran Indonesia ini memberikan kenyataan kepada media yang hubungan beliau & personaliti TV3 ini sudah berakhir namun perkembangan baru seakan menunjukkan yang mereka tidak berputus ada.
 
Selain menyebut perbezaan agama sebagai puncanya, Sammy Simorangkir berkata hubungan dengan Nadia Annuar terputus juga disebabkan tiada persefahaman namun dari kemaskini terbaru mereka di lama sosial, pasangan ini seakan kembali bersama.
 
Personaliti TV3 itu dilihat hadir bersama ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia selain beliau turut menemani penyanyi itu ketika sesi latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum itu.
 
Dan ini bukan kali pertama terlihat gambar mereka berdua bersama sejak Sammy Simorangkir mengumumkan perpisahan mereka. Nadia Annuar nampaknya masih terbang ke Indonesia secara kerap untuk bertemu buah hatinya ini.
 
Jika benar mereka kembali bersama, good for them. Berikut beberapa gambar pasangan ini yang dikongsikan bersama peminat sejak akhir akhir ini.

Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram

♠ Posted by Unknown in ,
 
Ruangan komen di akaun Instagram selebriti boleh menjadi hiburan buat kita semua. Ada sahaja perbalahan atau debat yang sentiasa berlangsung tentang apa sahaja — dari hukum hakam agama sehinggalah fesyen selebriti.
 
Terbaru salah satu gambar Yana Samsudin yang kini berada di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina berjaya mencetuskan perang komen dikalangan peminat apabila ianya menunjukkan aktress itu sedang didukung oleh seorang lelaki tempatan.
 
Kalau dibaca ayat yang menemani gambar tersebut, jelas Yana Samsudin bukan sengaja mahu meminta lelaki itu mendukungnya namun satu insiden yang menyebabkan kakinya terseliuh memaksa beliau untuk bergerak dengan bantuan orang lain.
 
“Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh nak berjalan langsung,” ujar Yana Samsudin kepada Harian Metro.
 
“Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini”
 
Yana Samsudin kini berada di Sarajevo bersama Iqram Dinzly (dan beberapa orang krew juga pelakon lain) untuk menjalani penggambaran di sana. Kepada peminat, jangan cepat melatah jika tidak tahu situasi ya. Berikut gambar mereka ketika di sana.


 

Transcendence, Apabila Manusia Cuba Menjadi Tuhan

♠ Posted by Unknown in ,
 
Menonton sebuah filem techno-thriller, saya harus berfikiran terbuka kepada sesuatu yang moden. Hasil penontonan sesebuah filem sebegitu, sewajarnya mampu mengajak saya merenung tentang kemungkinan kemampuan sains dan teknologi di masa hadapan? Transcendence (2014) ialah sebuah filem techno-thriller dan fiksyen sains arahan Wally Pfister yang terkenal sebagai pengarah fotografi untuk filem Inception (2010) yang telah melonjakkan nama beliau.
 
Kisahnya bermula begini; Dr. Will Caster (Johnny Depp) ialah seorang saintis pakar dalam kajian artificial intelligence (AI). Dia sedang dalam fasa akhir untuk menghasilkan rekaan mesin ‘Transcendence’ yang hampir sempurna mempunyai gabungan sedikit naluri dan kepandaian perisian komputer dinamakan P.I.N.N. (Physically Independent Neural Network). Kajian Will dibantu rapat oleh 2 orang lagi saintis iaitu isterinya, Evelyn Caster (Rebecca Hall) dan rakan karib mereka, Max Waters (Paul Bettany).
 
Cita-cita besar Will itu ditentang oleh kumpulan anti-teknologi gerakan bawah tanah bergelar R.I.F.T. (Independence From Technology) yang diketuai oleh Bree (Kate Mara). Kumpulan itu melancarkan serangan ala pengganas ke beberapa makmal kajian P.I.N.N. secara serentak di seluruh dunia. Will juga menjadi salah satu target utama serangan mereka sehingga menyebabkan dia tercedera hingga nyawa-nyawa ikan! Apa yang berlaku seterusnya kepada Will dan kajian P.I.N.N. itu? Ya! Maka bersegeralah kalian ke pawagam sekarang.
 
 
Transcendence tidak dinafikan ialah sebuah filem yang hebat dari kerja kameranya. Ia filem fiksyen sains yang mahu kelihatan ‘hidup’ sebagai sebuah drama menghampiri realiti seperti garapan filem Gravity dan Man of Steel tahun lalu, 2013. Maksud saya, pemaparan visual dan suntingannya begitu ketara hendak menjadi kisah yang benar-benar berlaku. Walaupun kisah hubung kait manusia dan mesin dalam Transcendence mirip filem A.I. Artificial Intelligence (2001), I Robot (2004) dan paling dekat dengan kisah Her (2013) tetapi rupa dan latar filem ini seboleh-bolehnya tidak mahu nampak ‘futuristic’ langsung. Bagus!
 
Ok. Filem ini sebenarnya sangat berpotensi tinggi untuk menjadi sebuah filem yang baik mengenai persepsi dan tekaan kemajuan teknologi hari ini yang akan menjadi kenyataan di masa akan datang. Idea mengupas kemungkinan wujudnya super-computer sebijak dan sebijik kemampuan emosi dan perasaan manusia iaitu pemikiran dari otak Will yang digabungkan dengan perisian komputer dalam versi P.I.N.N. ialah konsep tinggi untuk difilemkan.
 
 
Namun begitu, Transcendence telah merencahkan idea besar mengenai kisah Will atau mesin yang mahu menjadi seperti ‘Dewa’ pencipta kehidupan baru dunia tetapi disepahkan dengan terlalu banyak plot lain yang meleret-leret tanpa mengembangkan dan menyimpulkan semuanya dengan baik. Saya suka dengan penambahan konflik dan kontra oleh kumpulan R.I.F.T. dari ideologi asal kenapa mereka mahu menentang kajian oleh Will. Malahan kejutan ironi apabila Bree memberitahu Max bahawa kewujudan kumpulannya bermula tercetus dari cerapan kenyataan satu artikel dari Max sendiri.
 
Kawan menjadi lawan, ia suatu kisah yang dramatik. Max sendiri yang sukarela membantu Evelyn untuk memuatnaik pemikiran Will ke dalam P.I.N.N. Akhirnya Max juga yang gusar sama ada ia benar-benar Will atau ‘raksasa’ ciptaannya dan Evelyn? Lantas kegilaan dan ketaksuban Evelyn pula dihasut oleh perasaan cintanya kepada Will untuk kisah pengembangan seterusnya. Waktu yang sama, hubungan pakar komputer Joseph Tagger (Morgan Freeman) dan ejen FBI, Donald Buchanan (Cillian Murphy) menjejaki kegiatan R.I.F.T. juga sesuatu yang menarik. Tetapi ia menjadi kisah polis siber yang amatur apabila projek Will dan Evelyn berjaya sampai terbinanya makmal canggih selepas bertahun-tahun tanpa berjaya dikesan langsung? Hello!
 
 
Transcendence mula terbarai dan semakin terasa mengantuk selepas babak-babak kejayaan penciptaan Will versi P.I.N.N dan penjejakan havoc oleh kumpulan R.I.F.T. dimana kronologi pembinaan bangunan berteknologi tinggi, Brightwood Data Center oleh arahan dan seliaan Evelyn di sebuah pekan kecil terpencil.
 
Di situ, penceritaan filem ini seperti hilang punca dan dorman dimana yang dipaparkan seiras filem pendek cedokan dari kesunyian dan kebergantungan watak Theodore Twombly kepada Samantha dalam filem Her (2013) apabila Evelyn semakin mempercayai kewujudan dan kesempurnaan Will yang seolah ‘dilahirkan’ semula.
 
Persoalannya adakah ‘Will’ ialah sebenar-benar Will Caster? Jawapan ada di hujung filem dari monolog voice-over oleh Will dan Max.
 
Dari sudut lakonan, Johnny Depp awalnya sebagai seorang saintis pakar komputer bolehlah tahan tetapi semakin kaku dan biasa-biasa sahaja selepas ‘terperangkap’ dalam ruang lakonan terhad di skrin komputer di makmal itu dengan mimik muka yang tanpa perasaan sebab dia hanyalah data komputer. Yang sangat menyerlah ialah lakonan oleh Rebecca Hall dan Paul Bettany yang terbukti mampu beremosi. Yang lain-lain, sekejap ada sekejap tiada dan segera mudah dilupakan.
 
 
Pujian boleh diberikan selain sinematografi yang bagus ialah beberapa babak ber-CGI penyebaran zarah-zarah, molekul-molekul dan partikel-partikel yang berterbangan dan bertebaran ke udara. Best lah! Aksi-aksi pergaduhan, tembak-menembak dan kejar-mengejar ke babak-babak akhir juga mampu menyegarkankan semula rasa kekontangan penontonan filem ini.
 
“The internet was meant to make the world a smaller place. But it actually feels smaller without it” kata Max Waters. Mungkin filem ini akan menjadi ‘cult’ kepada generasi cyberpunk tegar yang begitu taksub kepada internet suatu hari nanti, di masa akan datang. Siapa tahu?
 
 
 
 
 

Hafiz Suip Sangkal Dakwaan Guna Ilmu Hitam Untuk Berjaya

♠ Posted by Unknown in ,
 
Kalau ketika ini ditanya penyanyi manakah yang menjadi kegilaan & rebutan ramai pihak? Siapa lagi yang harus kita berikan namanya, kalau bukan jutawan muda Hafiz Suip.
 
Dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sejak tahun lalu hingga kini, Hafiz cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Namun dalam pada jejaka 23 tahun ini rancak mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya, timbul dakwaan kononnya segala yang dikecapi itu bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir.
 
Dalam erti kata lain, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
 
“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,” kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.
 
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, semalam.
 
Bagaimanapun Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah dalam perjalanan untuk Berjaya.
 
“Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita,” ujarnya sambil tersenyum”
Sementelah, tidak cukup dengan dakwaan guna ilmu hitam, Hafiz dituduh pula mengambil dadah. Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun ‘Deritaku Bahagiamu’ ini dilihat kini semakin susut.
 
Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bakan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.
 
“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu”
 
“Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih,” tegasnya.
 
 



Beego , Linda Hashim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

♠ Posted by Unknown in
 
Dari maklumat yang kami terima, isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari semalam, 22 April 2014.
 
Beego dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud ‘Jelita Yang Jelas’.
 
Belum ada lagi sebarang kemaskini di laman sosial mereka setakat ini namun dari gambar yang kami terima, keluarga dan rakan terdekat mengesahkan perkara ini. Tahniah buat keluarga Beego & Linda Hashim atas kehadiran orang baru ini.
 
Beego & Linda Hashim bernikah pada 8 Jun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram

♠ Posted by Unknown in ,
 
Tabik dengan sikap seorang pelakon cantik iaitu Fouziah Gous apabila dirinya telah difitnah secara terbuka oleh seorang peminat di dalam laman Instragram seorang pereka fesyen popular, Ezuwan Ismail baru-baru ini.
 
saya rasa pendekatakan yang digunakan oleh Fouziah Gous itu wajar dicontohi oleh ramai artis lain terutama apabila menyentuh isu sensitif atau yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri.
 
Yalah kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.
 
Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh peminat berkenaan di salah satu gambar milik Ezuwan Ismail bersama-sama Fouziah Gous, dia berkata pelakon berkenaan seorang kaki kikis atau gold digger.
 
Malah apa yang lebih teruk apabila Fouziah Gous turut dikaitkan dengan seorang VVIP untuk terus popular sebagai pelakon.
 
OMG! Bukan saja saya, malah  sesiapa saja yang membacanya pasti akan naik berang atau kalau tidakpun akan sedih lebih-lebih lagi dimalukan secara terbuka.
 
Tetapi saya dapat rasakan Fouziah Gous tetap tenang dan dia menjawab kenyatan oleh peminat berkenaan dengan penuh rendah diri serta yakin kerana dia sedar bahawa dia sebenarnya berada di pihak yang benar.
 
Fouziah Gous juga meminta pengirim kenyataan berkenaan untuk menujukan bukti sekiranya benar segala perkara yang disebarkannya wanita itu adalah perkara sahih.
 
Namun apa yang saya lihat, sebaik saja Foziah Gous meletakkan komen ikhlasnya susulan daripada kenyataan berkenaan, peminat berkenaan terus senyap atau lenyap daripada terus memberikan sebarang komen.
 
Lebih menggembirakan hati apabila Fouziah Gous telah mendapat banyak maklumbalas positif atau berbentuk sokongan daripada pengikut Ezuwan Ismail yang mahukan dia terus bersabar dan cekal.
 
Saya dapat rasakan apa yang Fouziah Gous rasakan dan saya rasa ramai generasi hari ini yang telah menyalah gunakan teknologi terutama laman sosial untuk menghentam seseorang tanpa berfikir sebelum bertindak.
 
Jika benar Fouziah Gous telah melakukan kesilapan, mengapa tidak peminat berkenaan bertemu pelakon itu sendiri untuk meleraikan kekusutan dan bukannya dengan cara memalukannya di hadapan khalayak seperti ini.
 
Bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi pada diri sendiri ataupun ahli keluarga kita. Bukankah ianya satu perkara yang amat menyedihkan lagi tidak bertamadun?
Renung-renungkanlah.

One Direction Guna Teknik Morf Dalam MV Terbaharu, You & I

♠ Posted by Unknown in
 
Sebelum ini, muzik video 'Sometimes' dari Britney Spears dan 'XO' dari Beyonce telah menggunakan lokasi pejalan kaki dengan menampilkan pelbagai aksi yang berbeza.
 
Namun bagi kumpulan One Direction, lokasi berkenaan telah digunakan pada satu tahap yang berbeza dalam video klip terbaharu mereka, 'You & I'.
 
Kumpulan berkenaan melancarkan klip video lagu hit terbaharu mereka itu pada hujung minggu.
Ia menampilkan ahli One Direction berjalan di Clevedon Pier dalam cuaca sejuk sambil berubah menjadi antara satu sama dan memakai sweater yang sama.
 
Hanya dengan sentuhan Adobe After-Effects, dan pertukaran dari rambut hitam ke perang, Harry Styles ke Zayn Malik, setiap ahli kumpulan mengambil giliran untuk menyanyi kepada penonton.
Menggunakan latarbelakang langit mendung, ia dilihat menambahkan lagi mood klip video berkenaan.
 
Jom tonton video ini:-

 

Konsert Judika Mencari Cinta Pukau 1,500 Penonton

♠ Posted by Unknown in
 
Memiliki kelebihan dari segi bukaan atau range suara yang luar biasa, Judika menonjolkan kehebatannya ini apabila mendendangkan lagu hits Aku Yang Tersakiti pada malam konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
 
Judika Mencari Cinta menandakan sejarah baru karier seni penyanyi daripada seberang ini apabila dia berjaya menghimpunkan 1500 penonton membanjiri KL Live sekaligus menghiburkan mereka yang menyanjungi kehebatan pemilik nama Judika Nalon Abadi Sihotang ini.
 
Selain daripada Aku Yang Tersakiti, Judika bijak membuat aturan perjalanan konsert Mencari Cinta dengan membawa penonton mengimbau semula titik permulaannya selepas berakhirnya Indonesian Idol dengan mendendangkan Bukan Rayuan Gombal.
 
Lontaran vokal yang menjadi kekuatan penyanyi berusia 35 tahun ini digunakan secara maksimum agar ia dapat memberikan impak kepada penonton yang sememangnya dahagakan persembahan mantap Judika pada malam itu.
 
Pentas KL Live yang sejak awalnya telah panas dan rancak digegarkan lagi dengan penampilan lagenda rock Malaysia yang menjadi idola kepada Judika iaitu Amy Search. Kedua-dua bintang ini berjaya mengekalkan momentum masing-masing seraya menghiburkan penonton pada malam itu dengan paduan suara mantap.
 
Gabungan hebat ini telah tampil bertenaga menyampaikan dua hits daripada kumpulan Search seperti Tiada Lagi dan Isabella manakala Kerja Gila disampaikan Amy Search secara bersendirian ketika Judika menukar pakaian.
 
Judika sempat mendendangkan lagu cover version popular daripada penyanyi asal Adele iaitu Someone Like You yang disampaikan dengan gayanya yang tersendiri dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang menyanyi bersama.
 
Menutup pentas pada malam itu dengan Aku Yang Tersakiti, Judika yang turut mendapat sokongan kuat kelab peminatnya Judikaholic turut mendendangkan Malaikat, Magnet Cinta, Separuh Nafas, Immortal Love Song, Bukan Dia Tapi Aku dan hits terbarunya Setengah Mati Merindu.

Kekasih Baru Shahz Jaszle: Saya Sedih Dituduh Sebagai Perampas

♠ Posted by Unknown in
 
Well girl, selamat datang ke dunia Shahz Jaszle dan anda kini sedang dalam permainan kasih sayang playboy selebriti terbesar dekad ini. Baru baru ini, gadis bernama Hanis Husna menjadi perhatian ramai setelah beliau mengakui bergelar kekasih baru Shahz Jaszle.
 
Bermacam gelaran diberikan terhadap gadis ini termasuklah istilah perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain selepas beliau telah didakwa menjadi punca Shahz Jaszle meninggalkan ‘tunang’ beliau, Redzwani Puteri.
 
Dalam satu kenytaan kepada Harian Metro, Hanis Husna meluahkan rasa sedih beliau terhadap tohmahan orang ramai yang menganggap dirinya sebagai perampas tetapi tidak mengetahui perkara atau cerita sebenar di sebalik hubungan mereka.
 
“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya”
 
“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar,” kata Hanis Husna yang dihubungi.
 
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Kah kah kah.

Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral, Peluang Luar Biasa

♠ Posted by Unknown in
 
Bagi Lisa Surihani pemilihan sebagai hos selebriti pertama HBO Sentral tempatan merupakan satu penghormatan terhadap dirinya. Siang tadi pihak Astro telah mengumukan pelancaran HBO Sentral panduan bulanan untuk menarik orang ramai menonton saluran HBO di channel 411 yang bakal dihoskan oleh Lisa Surihani.
 
HBO Sentral merupakan sebuah program bulanan baru di HBO dan HBO HD yang menyajikan pandangan menarik tentang apa yang baru di semua saluran HBO dan bakal dipersembahkan secara unik dalam gaya yang menyeronokkan berinfomasi dan secara perbualan harian dan santai oleh Lisa Surihani.
 
Bagi Lisa peluang yang diberi merupakan satu peluang luar biasa kerana dari medium tersebut dia dapat meluahkan minat nya secara terus kepada orang ramai menerusi filem.
 
“Informasi yang akan Lisa sampaikan adalah berkaitan tentang trivia pasal filem tersebut. Boleh jadi juga mengenai para pelakon yang membintangi filem dan ya kami juga akan sediakan tribute kepada para pelakon signifikan dalam dunia hiburan yang telah tiada”
 
“Dalam setiap episod Lisa akan highlight kesemua 6 filem untuk bulan tu dan Lisa akan ketengahkan setiap segmen untuk setiap episod. Kami juga sudah sediakan macam silibus untuk setiap filem yang bakal dipaparkan,” ujar Lisa Surihani.
 
HBO Sentral menyediakan tawaran dwi bahasa bagi menambah lebih ramai penonton di Malaysia dengan penyediaan maklumat yang lebih komprehensif bagi santapan hiburan dalam gaya yang lebih menarik dan interaktif.
 
Pelancaran HBO Sentral dalam bahasa Malaysia adalah sangat penting kerana HBO mempunyai kandungan yang hebat bagi menarik penonton. Selain pemilihan Lisa Surihani sebagai hos, HBO Sentral juga mendapatkan beberapa selebriti bagi membuat penampilan istimewa.
 
Antara selebriti yang terlibat adalah Erra Fazira, Sherry Ibrahim, Hafiz Hamidun, Nabil Ahmad, Mila Jirin, Adam Korie, Michael Ang, Raja Azura dan Sharifah Sakinah yang semuanya merupakan artis tempatan.
Peraduan turut disediakan dalam setiap episode HBO Sentral dengan h
adiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Orang ramai Cuma perlu menggunakan hashtag #HBOSentral di media sosial.
 
Pastikan anda semua tidak terlepas dari menonton episod pertama HBO Sentral bermula Ahad ini, 27 April 2014 jam 7.15 malam di saluran HBO 411 dan HBO HD 431.
 

Fesyen Teletubbies Bertudung Rebecca Nur Al Islam Dapat Perhatian

♠ Posted by Unknown in
 
Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh.
 
Tetapi, pada hemat kami yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.
 
Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau.
 
Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.
 

Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin

♠ Posted by Unknown in
 
Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin
 
Umum rasanya sudah mengetahui yang ketika ini memang hati Maya Karin sudah dimiliki seseorang dan pastinya akan ada yang tertanya bilakah pelakon juga penyanyi popular ini akan kembali menjalani kehidupan berumahtangga.
 
Bercakap kepada Kosmo! baru baru ini, Maya Karin yang masih mengunci mulut tentang identiti kekasihnya itu berkata yang beliau sendiri sebenarnya masih berteka teki tentang masa hadapan — lebih lebih lagi soal cinta dan jodoh ini.
 
“Saya pun macam dalam lirik lagu saya juga, lagu Teka-Teki itu tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum menemukan jawapan. Saya mengaku, saya memang sedang memiliki si dia, tetapi siapa dia dan dari mana asalnya, saya mahu zip mulut dulu. Cukup setakat itu”
 
Namun, Maya Karin ada berkongsi harapan beliau untuk berumahtangga dan memberi tempoh dua tahun kepada kekasihnya kini untuk melangkah ke fasa yang lebih serius itu atau beliau akan mencari bahagia yang lain.
 
“Kita tengoklah sejauh mana hubungan ini akan berterusan. Saya tunggu sehingga dua tahun sahaja lagi, kalau masih tidak ke mana, saya akan cari bahagia yang lain. Nak tunggu sampai umur berapa lagi, saya pun mahu kahwin,” tambah Maya Karin

Fiza Elite Failkan Penceraian?

♠ Posted by Unknown in
 
Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan.
 
Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam AF & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda.
 
Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.
 
Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
 
Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain — kami doakan yang terbaik sahaja buat kalian berdua.

2NE1 ‘All Or Nothing’ World Tour Di Malaysia Mei Ini

♠ Posted by Unknown in
 
Bulan Mei pastinya bakal menjadi memori indah buat pencinta K-Pop apabila kumpulan terkenal dari negara Korea Selatan iaitu 2NE1 bakal hadir ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia tidak lama lagi.
 
2NE1 yang diangotai oleh empat orang wanita cantik iaitu CL, Bom, Dara dan Minzy ini akan menghangatkan Stadium Negara dengan lagu-lagu rancak yang sudah pastinya bakal membuat Blackjack (gelaran peminat) menari bersama!
 
Konsert ini juga adalah bersempena dengan pelancaran single terbaru mereka berjudul ‘Missing You.’
 
Menariknya lagi, dua orang pengarah kreatif untuk konsert 2NE1 ini iaitu Travis Payne dan Stacy Walker merupakan bukan calang-calang orang kerana pernah mengarahkan
 
koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson semasa ‘This Is It Tour.’
Blackjack di Malaysia bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan kehebatan 2NE1 ini beraksi dipentas.
 
‘2NE1 World Tour All Or Nothing Live In Malaysia’ ini akan berlangsung pada Sabtu, 24 Mei 2014 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, jam 7.30 pm bersama IME Production selaku peganjur.
 
Jadi, kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah menghubungi 03-92228811 atau boleh terus membeli secara online di www.tickercharge.com.my.
 
Tiket-tiket juga boleh didapati di pejabat TicketCharge atau cawangan Speedy Music, Rock Corner Music, Victoria Music Center, Neway Karaoke dan juga Celcom Blue Cube.
Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
 
RM599 (VVIP- numbered seat), RM499 (Rock Zone- free standing), RM399 (numbered seat) dan RM199 (free seating).
 
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi 2NE1 dan juga pihak penganjur, IME Production di www.facebook.com.my/2NE1 atau www.facebook.com.my/imemy.

Afiq Muiz Rancang Bawa Ibu Ke Mekah

♠ Posted by Unknown
 
Tidak lama dahulu, dunia hiburan telah digemparkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon Afiq Muiz yang dikatakan telah menderhakai ibunya dan ketika ditemui baru baru ini dia semakin kelihatan segak dan lebih matang dalam segala perkataan yang diucapkannya.
 
Malah hubungannya bersama ibu tercinta semakin pulih dan kembali seperti sedia kala. Kini dia juga sudah kembali tinggal bersama dengan ibunya sejak awal tahun ini. Perkembangan positif ini membuatkan dirinya lebih matang dan mendewasakan pemikirannya.
 
“Buat masa sekarang ini, Alhamdulillah saya tiada masalah dengan Umi saya telah pun memohon maaf dan kini keadaan lebih teratur. Saya kini sudah kembali tinggal bersama-sama dengan Umi sejak awal tahun ini,” tuturnya.
 
Sempena hari ibu yang akan disambut tidak lama lagi Afiq Muiz telah memberitahu dia akan membawa ibunya bersiar siar. Selain itu dia juga merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama ibu tercinta pada tahun hadapan.
 
“Saya ingin membawa ibu berjalan-jalan & kalau diizinkan Tuhan, sekarang saya sedang kumpul wang untuk membawa ibu dan saya bersama mengerjakan Umrah pada tahun hadapan,” katanya sambil tersenyum.
 
Sementara itu, disoal mengenai hubungannya bersama pelakon Eina Azman, Afiq Muiz secara menyerah mengangkat tangan tidak mahu lagi dikaitkan atau berhubungan dengan aktres itu, tetapi sekiranya digandingkan dalam filem atau mana- mana drama akan datang dia tidak menolak malah baginya lebih baik bersikap profesional.
 
“Sekarang saya dan dia tidak lagi rapat kerana masing-masing sibuk dengan sendiri. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan dia. Sudah-sudahlah bercakap mengenai saya dan dia. Bukan apa sebab kadang-kadang saya masih lagi disindir tetapi terpulanglah kepada mereka.
 
“Sekarang ini teman wanita saya adalah ibu saya. Walaubagaimanapun, saya tidak kisah sekiranya digandingkan dengannya untuk berlakon dalam filem atau drama”
 
Kontroversi yang melandanya, tidaklah menjejaskan periuk nasinya kerana dia masih lagi mendapat tawaran berlakon. Cuma apa yang dimahukannya adalah membersihkan namanya gara-gara terpalit kontroversi murahan itu.
 
“Tidak menjejaskan kerjaya saya cuma kalau boleh saya mahu membersihkan nama saya dan Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana gara-gara kontroversi ini saya kenal siapa kawan dan siapa lawan. Saya tidak menyesal tetapi lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya mengakhiri perbualan

Ikut Suka Hati Sayalah Nak Beri Hadiah Apa - Rozita Che Wan

♠ Posted by Unknown in ,
 
Selepas kecoh berita Rozita Che Wan akan menghadiahkan anaknya Ammar dengan sebuah kereta mewah BMW berharga RM 700,000, bermacam komen negatif dilontar kepadanya. Dia terus dilabel berlagak oleh orang ramai. Malah ada segelintir yang kata Che Ta berangan macam orang kaya, orang kaya pun tak berlagak macam Che Ta dan bermacam lagi.
 
 
Bagi memperbetulkan kenyataan tersebut Rozita Che Wan yang ditemui para media baru baru ini membidas tohmahan orang ramai yang melabel dirinya sebagai berlagak.
 
“Ya memang kereta Audi R8 tu favorite car dia. Tapi I tak cakap pun I nak belikan dia kereta tu atau tidak. I tak menunjuk. Orang yang sibuk sana sini ambik tahu. Tanya I itu ini”
 
“Jadi takde istilah I berlagak ataupun nak menunjuk kat sini. Mulut orang yang suka buat cerita yang menampakkan macam I ni menunjuk,” katanya.
 
Sebetulnya tambah Che Ta, sebelum ini dia tidak pernah memberitahu orang ramai jenama kereta yang bakal dihadiahkan kepada Ammar. dengan mengumumkan jenama kereta, sekaligus dia akan mendedahkan keluarganya pada bahaya.
 
“Kalau I canang sana sini kereta apa I nak bagi anak I, lagi senang pencuri nak dekati I. Penjenayah sekarang ni ramai. Silap haribulan I boleh kena culik”
 
“Perkara hadiahkan anak di benda biasa. Ramai lagi parents yang hadiahkan anak-anak mereka. Bila dihebohkan sana sini, itu yang jadi orang tengok macam menunjuk. Tapi biasanya mereka yang kebiasaan mengata kita, mereka ni cemburu & tak mampu nak memiliki apa yang kita ada”
 
Menurutnya lagi, tiada istilah memanjakan anak anak malah setiap kali mereka menunjukkan kejayaan dalam pelajaran, dia akan memberi hadiah sebagai pendorong kepada mereka supaya lebih maju di masa hadapan. Che Ta juga sudah menyediakan rumah untuk anak-anaknya.
 
“Apa yang kita bagi ni adalah sebagai galakan. Bukan untuk manjakan mereka. Jika sebelum ni I dah belikan rumah untuk anak I. I tak bercerita pada orang. Jadi tiada masalah untuk I belikan sebuah kereta untuk Ammar sebagai hadiah”
 
“Mereka ni anak I, suka hatilah nak belikan keretapi atau kereta kebal sekalipun. I tak minta duit dari ibu bapa mereka. Malah Zain atau ex-husband pun tak cakap apa-apa,” tambah Rozita Che Wan lagi. Entahnya, suka hati dialah.