Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.
Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!
Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.
Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Hmmm.
Sebelum itu, manis kami nampak Nasha Aziz bertudung. Pelakon popular ini kini sedang giat menjalani latihan untuk menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Salah satu bakat beliau yang diperlukan dalam menjayakan teater ini adalah bakat menyanyi dan Nasha Aziz mengakui yang beliau kini sudah masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu lagu untuk pementasan itu kelak.
“Sebenarnya, saya lihat nyanyian saya lebih pada untuk bercerita dan bukan untuk menyanyi semata-mata. Tetapi setakat ini saya tidak ada masalah untuk merakamkan lagu di dalam studio kerana ianya jadi senang sebab kita sampaikannya satu-satu”
Walaupun mempunyai suara untuk menyanyi & bukan pertama kali diperlukan untuk melontarkan suaranya (sebelum ini melalui teater Lantai T.Pinkie), Nasha Aziz berkata beliau tidak berminat untuk menjadikan nyanyian satu kerjaya.
“Cukuplah sekadar menyanyi untuk teater, saya tidak berminat untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Semangat daripada semua yang terlibat menjadikan aspek nyanyian untuk teater ini menjadi menarik dan seronok,” ujarnya.
Teater Di Bawah Lindungan Kaabah turut menampilkan Adi Putra, Dafi AF, Elfira Loy dan Liza Abdullah dan ianya bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan. Tiket dijual serendah RM30 boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com.
The Other Woman (2014) yang bakal ke pawagam Malaysia pada 1 May ini membariskan nama besar dalam dunia perfileman Hollywood iaitu Cameron Diaz & Leslie Mann dan juga model seksi terkenal, Kate Upton — dan gandingan mereka tidak begitu mengecewakan.
Konsep filem ini cukup mudah — konspirasi nakal seorang isteri (lakonan Leslie Mann) bersama dua orang skandal suaminya lakonan Cameron Diaz & Kate Upton yang ingin membalas dendam terhadap lelaki itu yang kini mempunyai skandal ketiga.
Filem ini cukup ringan untuk tontonan semua terima kasih kepada chemistry yang boleh dirasai antara Camron Diaz & Leslie Mann dan dengan filem berformula feminis sebegini, tidak banyak sebenarnya yang boleh kita harapkan. Heh.
Kisah bermula dengan watak lakona Cameron Diaz, Carly seorang peguam di kota Manhattan yang suka mengejar lelaki namun satu perasaan luar biasa timbul apabila bertemu dengan suami kepada Kate (Leslie Mann) bernama Mark King yang dilakonan oleh Nikolaj Coster-Waldau (Game of Thrones). Satu hari, Carly telah pergi ke rumah lelaki idaman ini berpakaian penuh menggoda namun beliau disambut oleh isterinya pula.
Kate yang pada mulanya tidak tahu apa apa tentang aktiviti suaminya di luar mula mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan beliau pergi ke pejabat Carly (di mana anda akan nampak kemunculan Nicki Minaj sebagai pembantu peribadi) — bukan untuk menyerang, tetapi untuk berbicara hati ke hati seperti seorang rakan baik. Like what?
Dan bermulalah persahabatan dua wanita ini yang banyak berbicara tentang permasalahan hubungan dengan lelaki sebelum mereka berdua keluar minum bersama & kita boleh lihat Leslie Mann kekal cemerlang dalam watak mabuk seperti dalam filem The 40-Year-Old Virgin.
Kate Upton yang kemudian menyertai pakatan ini kami rasa hanya muncul sebagai pencuci mata dan sebenarnya tidak banyak memberikan karisma kepada gandingan mereka bertiga. Masih, kami suka dengan adanya model popular ini. Heh.
Hendak tahu apa sebenarnya konflik yang cuba dikejar oleh tiga orang wanita ini terhadap seorang lelaki yang mereka sama sama gilakan, haruslah anda menonton filem ini di pawagam kelak, bermula Khamis ini untuk tayangan di seluruh Malaysia.
Peminat yang mengharapkan komedi dan kelakar tahap runtuh bumbung mungkin akan sedikit kecewa namun ianya sebuah filem yang selamat untuk ditonton bersama kekasih atau kawan kawan — masih banyak babak kelakar cukup untuk tidak membuatkan anda bosan.
Pelajar Zam menepati ramalan barisan pihak juri selepas diumumkan juara program realiti ‘Komedi Ada Kelas’ Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Studio Megastar, Arena malam tadi.
Zam atau nama sebenar Muhammad Rizam Zaaffar, 26, berjaya menewaskan dua lima peserta yang lain sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua milik satu-satunya pelahar wanita yang berjaya melangkahkan kaki ke gelanggang akhir iaitu Fiza, 25, dengan membawa pulang wang tunai RM50,000 dengan sebuah trofi. Manakala bekas peserta program Raja Lawak, One berjaya menerima wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.
Jelas Othman Hafsham selaku pengetua Skool of Lawak, kemenangan Zam sudah menjadi jangkaan barisan tenaga pengajar dan pihak juri selepas menerima undian tertinggi selain peningkatan yang ditunjukkan pelajar kelahiran Banting, Selangor ini.
“Kami barisan tenaga pengajar dan barisan juri sudah menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Zam. Ini kerana dia berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak selain mutu persembahan yang cukup bagus.
“Tidak bermakna lima peserta yang lain tidak menonjol, cuma kelebihan yang dimiliki oleh Zam merupakan faktor utama dia menjadi pilihan pihak juri dan para pengundi,” ujar Othman.
Selain Zam, Fiza dan One, tiga pelajar yang turut sama beraksi di gelanggang akhir Skool of Lawak ialah Azmi, Yus dan Mail.
Enam pelajar Skool of Lawak telah diuji dengan tiga tema mencabar iaitu bebas bersama pelawak jemputan, muzikal dan komedi Stand Up.
Sistem permarkahan diadili dengan 70 peratus daripada barisan juri yang terdiri daripada Rosyam Nor, Prof Abdul Razak Mohaideen dan Mamat Khalid manakala 30 peratus daripada undian penonton.
Gelanggang akhir program Skool of Lawak disiarkan bermula pukul 10 malam, secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Jangan lupa untuk terus menonton saluran Astro Warna yang bakal mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records dengan menyiarkan program lawak tanpa henti selama 24 jam.Program tersebut yang dinamakan sebagai Lawak Siang Malam bakal bersiaran bermula 25 April pukul 10 malam dan berakhir pada 26 April, jam 10 malam.
Pasangan selebriti yang banyak menempuh dugaan sepanjang hubungan mereka, Fizz Fairuz & Almy Nadia telah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.
Almy Nadia dan Fizz Fairuz pada tengahari tadi telah melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum sah bergelar suami isteri sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan, heh.
Majlis akad nikah yang berlangsung hari ini mengambil tempat Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tahniah buat keluarga kedua dua mereka, semoga hubungan dan ikatan yang terbina ini kekal sehingga pintu syurga. Kami suka tengok anda berdua. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Almy Nadia & Fizz Fairuz hari ini
Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati.
Sementara Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini memberitahu media yang dia mahu menyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.
“Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung”
“Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya”, kata Fauzi Nawawi yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.
Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas isterinya bersalin.
Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan undang undang.
“Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya. Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia,” katanya lagi.
Sekitar Disember 2013 yang lalu, penyanyi kelahiran Indonesia ini memberikan kenyataan kepada media yang hubungan beliau & personaliti TV3 ini sudah berakhir namun perkembangan baru seakan menunjukkan yang mereka tidak berputus ada.
Selain menyebut perbezaan agama sebagai puncanya, Sammy Simorangkir berkata hubungan dengan Nadia Annuar terputus juga disebabkan tiada persefahaman namun dari kemaskini terbaru mereka di lama sosial, pasangan ini seakan kembali bersama.
Personaliti TV3 itu dilihat hadir bersama ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia selain beliau turut menemani penyanyi itu ketika sesi latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum itu.
Dan ini bukan kali pertama terlihat gambar mereka berdua bersama sejak Sammy Simorangkir mengumumkan perpisahan mereka. Nadia Annuar nampaknya masih terbang ke Indonesia secara kerap untuk bertemu buah hatinya ini.
Jika benar mereka kembali bersama, good for them. Berikut beberapa gambar pasangan ini yang dikongsikan bersama peminat sejak akhir akhir ini.
Ruangan komen di akaun Instagram selebriti boleh menjadi hiburan buat kita semua. Ada sahaja perbalahan atau debat yang sentiasa berlangsung tentang apa sahaja — dari hukum hakam agama sehinggalah fesyen selebriti.
Terbaru salah satu gambar Yana Samsudin yang kini berada di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina berjaya mencetuskan perang komen dikalangan peminat apabila ianya menunjukkan aktress itu sedang didukung oleh seorang lelaki tempatan.
Kalau dibaca ayat yang menemani gambar tersebut, jelas Yana Samsudin bukan sengaja mahu meminta lelaki itu mendukungnya namun satu insiden yang menyebabkan kakinya terseliuh memaksa beliau untuk bergerak dengan bantuan orang lain.
“Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh nak berjalan langsung,” ujar Yana Samsudin kepada Harian Metro.
“Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini”
Yana Samsudin kini berada di Sarajevo bersama Iqram Dinzly (dan beberapa orang krew juga pelakon lain) untuk menjalani penggambaran di sana. Kepada peminat, jangan cepat melatah jika tidak tahu situasi ya. Berikut gambar mereka ketika di sana.
Menonton sebuah filem techno-thriller, saya harus berfikiran terbuka kepada sesuatu yang moden. Hasil penontonan sesebuah filem sebegitu, sewajarnya mampu mengajak saya merenung tentang kemungkinan kemampuan sains dan teknologi di masa hadapan? Transcendence (2014) ialah sebuah filem techno-thriller dan fiksyen sains arahan Wally Pfister yang terkenal sebagai pengarah fotografi untuk filem Inception (2010) yang telah melonjakkan nama beliau.
Kisahnya bermula begini; Dr. Will Caster (Johnny Depp) ialah seorang saintis pakar dalam kajian artificial intelligence (AI). Dia sedang dalam fasa akhir untuk menghasilkan rekaan mesin ‘Transcendence’ yang hampir sempurna mempunyai gabungan sedikit naluri dan kepandaian perisian komputer dinamakan P.I.N.N. (Physically Independent Neural Network). Kajian Will dibantu rapat oleh 2 orang lagi saintis iaitu isterinya, Evelyn Caster (Rebecca Hall) dan rakan karib mereka, Max Waters (Paul Bettany).
Cita-cita besar Will itu ditentang oleh kumpulan anti-teknologi gerakan bawah tanah bergelar R.I.F.T. (Independence From Technology) yang diketuai oleh Bree (Kate Mara). Kumpulan itu melancarkan serangan ala pengganas ke beberapa makmal kajian P.I.N.N. secara serentak di seluruh dunia. Will juga menjadi salah satu target utama serangan mereka sehingga menyebabkan dia tercedera hingga nyawa-nyawa ikan! Apa yang berlaku seterusnya kepada Will dan kajian P.I.N.N. itu? Ya! Maka bersegeralah kalian ke pawagam sekarang.
Transcendence tidak dinafikan ialah sebuah filem yang hebat dari kerja kameranya. Ia filem fiksyen sains yang mahu kelihatan ‘hidup’ sebagai sebuah drama menghampiri realiti seperti garapan filem Gravity dan Man of Steel tahun lalu, 2013. Maksud saya, pemaparan visual dan suntingannya begitu ketara hendak menjadi kisah yang benar-benar berlaku. Walaupun kisah hubung kait manusia dan mesin dalam Transcendence mirip filem A.I. Artificial Intelligence (2001), I Robot (2004) dan paling dekat dengan kisah Her (2013) tetapi rupa dan latar filem ini seboleh-bolehnya tidak mahu nampak ‘futuristic’ langsung. Bagus!
Ok. Filem ini sebenarnya sangat berpotensi tinggi untuk menjadi sebuah filem yang baik mengenai persepsi dan tekaan kemajuan teknologi hari ini yang akan menjadi kenyataan di masa akan datang. Idea mengupas kemungkinan wujudnya super-computer sebijak dan sebijik kemampuan emosi dan perasaan manusia iaitu pemikiran dari otak Will yang digabungkan dengan perisian komputer dalam versi P.I.N.N. ialah konsep tinggi untuk difilemkan.
Namun begitu, Transcendence telah merencahkan idea besar mengenai kisah Will atau mesin yang mahu menjadi seperti ‘Dewa’ pencipta kehidupan baru dunia tetapi disepahkan dengan terlalu banyak plot lain yang meleret-leret tanpa mengembangkan dan menyimpulkan semuanya dengan baik. Saya suka dengan penambahan konflik dan kontra oleh kumpulan R.I.F.T. dari ideologi asal kenapa mereka mahu menentang kajian oleh Will. Malahan kejutan ironi apabila Bree memberitahu Max bahawa kewujudan kumpulannya bermula tercetus dari cerapan kenyataan satu artikel dari Max sendiri.
Kawan menjadi lawan, ia suatu kisah yang dramatik. Max sendiri yang sukarela membantu Evelyn untuk memuatnaik pemikiran Will ke dalam P.I.N.N. Akhirnya Max juga yang gusar sama ada ia benar-benar Will atau ‘raksasa’ ciptaannya dan Evelyn? Lantas kegilaan dan ketaksuban Evelyn pula dihasut oleh perasaan cintanya kepada Will untuk kisah pengembangan seterusnya. Waktu yang sama, hubungan pakar komputer Joseph Tagger (Morgan Freeman) dan ejen FBI, Donald Buchanan (Cillian Murphy) menjejaki kegiatan R.I.F.T. juga sesuatu yang menarik. Tetapi ia menjadi kisah polis siber yang amatur apabila projek Will dan Evelyn berjaya sampai terbinanya makmal canggih selepas bertahun-tahun tanpa berjaya dikesan langsung? Hello!
Transcendence mula terbarai dan semakin terasa mengantuk selepas babak-babak kejayaan penciptaan Will versi P.I.N.N dan penjejakan havoc oleh kumpulan R.I.F.T. dimana kronologi pembinaan bangunan berteknologi tinggi, Brightwood Data Center oleh arahan dan seliaan Evelyn di sebuah pekan kecil terpencil.
Di situ, penceritaan filem ini seperti hilang punca dan dorman dimana yang dipaparkan seiras filem pendek cedokan dari kesunyian dan kebergantungan watak Theodore Twombly kepada Samantha dalam filem Her (2013) apabila Evelyn semakin mempercayai kewujudan dan kesempurnaan Will yang seolah ‘dilahirkan’ semula.
Persoalannya adakah ‘Will’ ialah sebenar-benar Will Caster? Jawapan ada di hujung filem dari monolog voice-over oleh Will dan Max.
Dari sudut lakonan, Johnny Depp awalnya sebagai seorang saintis pakar komputer bolehlah tahan tetapi semakin kaku dan biasa-biasa sahaja selepas ‘terperangkap’ dalam ruang lakonan terhad di skrin komputer di makmal itu dengan mimik muka yang tanpa perasaan sebab dia hanyalah data komputer. Yang sangat menyerlah ialah lakonan oleh Rebecca Hall dan Paul Bettany yang terbukti mampu beremosi. Yang lain-lain, sekejap ada sekejap tiada dan segera mudah dilupakan.
Pujian boleh diberikan selain sinematografi yang bagus ialah beberapa babak ber-CGI penyebaran zarah-zarah, molekul-molekul dan partikel-partikel yang berterbangan dan bertebaran ke udara. Best lah! Aksi-aksi pergaduhan, tembak-menembak dan kejar-mengejar ke babak-babak akhir juga mampu menyegarkankan semula rasa kekontangan penontonan filem ini.
“The internet was meant to make the world a smaller place. But it actually feels smaller without it” kata Max Waters. Mungkin filem ini akan menjadi ‘cult’ kepada generasi cyberpunk tegar yang begitu taksub kepada internet suatu hari nanti, di masa akan datang. Siapa tahu?
Kalau ketika ini ditanya penyanyi manakah yang menjadi kegilaan & rebutan ramai pihak? Siapa lagi yang harus kita berikan namanya, kalau bukan jutawan muda Hafiz Suip.
Dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sejak tahun lalu hingga kini, Hafiz cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Namun dalam pada jejaka 23 tahun ini rancak mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya, timbul dakwaan kononnya segala yang dikecapi itu bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir.
Dalam erti kata lain, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,” kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah dalam perjalanan untuk Berjaya.
“Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita,” ujarnya sambil tersenyum”
Sementelah, tidak cukup dengan dakwaan guna ilmu hitam, Hafiz dituduh pula mengambil dadah. Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun ‘Deritaku Bahagiamu’ ini dilihat kini semakin susut.
Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bakan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.
“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu”
“Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih,” tegasnya.