♠ Posted by Unknown in AntaraBangsa at 00:14
Bekas bintang bolasepak terkemuka, David Beckham telah dinamakan sebagai model seluar dalam terbaik dunia.
Gelaran itu telah diberikan oleh pereka fesyen, Tommy Hilfiger kerana dia percaya ahli sukan berusia 38 tahun yang telah pun mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia bola sepak sejak tahun lalu, mempunyai kemampuan untuk tampil dengan wajah menggoda biarpun mengenakan pakaian yang sangat minimal.
"Saya telah melihat pelbagai jenis model seluar dalam tetapi kesemua mereka berharap mereka akan kelihatan seperti David Beckham. Dia ibarat model seluar dalam abad ini," kata Tommy Hilfiger.
Bintang kacak itu mual tampil sebagai model seluar dalam pada 2007 apabila dia tampil bersama isterinya, Victoria Beckham dalam kempen Emporio Armani pada 2007.
Pada 2012, dia telah memperlihatkan bentuk badannya yang penuh maskulin itu sewaktu tampil dengan jenama pakaian dalamnya sendiri untuk butik fesyen high street, H&M
Bagaimanapun, Beckham pernah menyatakan bahawa ketiga-tiga anak lelakinya, Brooklyn, 15, Romeo, 11, dan Cruz, 9, sebenarnya cukup malu apabila mereka melihatnya berposing dengan hanya berseluar dalam.
0 comments:
Post a Comment