Ahli Perniagaan Saman Pelakon Zarina Anjoulie

♠ Posted by Unknown in , at 10:01
 
Pelakon Zarina Anjoulie yang dulunya lebih dikenali dengan panggilan ‘anak pontianak’ kerana lakonannya dalam drama Anak Pontianak kini dilaporkan telah disaman oleh seorang ahli perniagaan berkaitan isu penipuan sebuah kereta mewah.
 
Kevin Shah Kadar Shah, 33, telah memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.
 
Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya dan telah meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, untuk kegunaan harian.
 
Namun selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.
 
Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.
 
Beliau juga mendakwa Zarina berkomplot dengan beberapa individu lain untuk melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor pendaftaran kenderaan itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milik Kadar Shah.
 
Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kenderaan itu adalah tidak sah dan terbatal.
 
Sumber: mstar online

0 comments:

Post a Comment