Fara Fauzana Kongsi Perbualan Dengan Anak Ketua Pramugara MH370

♠ Posted by Unknown in
Runtun hati ini apabila membaca “tweet” yang ditulis oleh anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari selepas pengumuman mengenai kehilangan pesawat itu di Lautan Hindi. Menerusi akaun Twitternya @Gorgxous_, Maira telah berkongsi gambar ayahnya dengan caption “We love you, but He loves you more. * hugs *“.

 
Sebelum ini Maira sering dilihat menulis kata-kata positif dan sabar menanti kepulangan ayahnya. Sesungguhnya hanya Maira sahaja yang tahu bagaimana rasanya mendengar berita terkini mengenai MH370.
 
 
Pengacara dan deejay HotFM, Fara Fauzana turut berkongsi beberapa perbualannya dengan Maira. Abang Nara terharu dengan usaha Fafau yang cuba menceriakan hati Maira. Satu usaha yang murni dan harus dipuji.
 
 
Tulis Fafau di akaun Instagramnya:-
 
ini cerita 15 hari sebelum hari ini.. mcmana sy bole follow Maira? sama seperti kamu, semuanya disebbkan kuasa RT. saya follow Maira kerana mahu tahu sampai mana tahap kecekalan gadis berusia 18thn ini.
benar… ada ramai lg keluarga diluar sana tetapi dek kerana si anak muda & dunia media social tdk dpt dipisahkan maka Maira kelihatan spt ‘mewakili’ suara & rasa keluarga yg lain.
tepat sekali, Maira sgt cekal! sgt positive! kdg kala saja terdengar dia mengeluh. niat dihati mahu berkongsikan sesuatu utk tatapan dia sahaja maka saya memberanikan diri utk DM (bukan apa, takut ketika dan waktu yg tdk mengiznkan bakal mengundang benda yg tdk baik dipihak dia) … dibalas? yes with a positive respond spt yg dijangka
fyi – saya menggunakan cara yg sama kpd beberapa rakan celebriti yg mungkin anda ingat kami saling kenal mngenali namun realitinya tdk. DM pernah saya gunakan kpd mereka, alhamdulillah kami berkwn spt kenal sejak kecil (u knw who u are my dear friends)
anda nak follow cara saya … terpulang kerana saya juga sama seperti kamu
 
Diharapkan Maira dan ahli keluarga lain terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Berikan kata-kata semangat anda kepada Maira menerusi akaun Twitternya di @Gorgxous_. Semoga kata-kata positif kita sedikit sebanyak akan memberikan semangat kepadanya.
 
 

Konsert Twin Towers@Live 2014 Dibatalkan Tanda Hormat Untuk MH370

♠ Posted by Unknown in
PETRONAS telah mengambil satu langkah yang harus dipuji dengan membatalkan konsert Twin Towers@Live 2014. Konsert bersempena perlumbaan F1 ini sepatutnya berlangsung pada 28 Mac dan 29 Mac (Jumaat dan Sabtu) ini dibatalkan sebagai tanda hormat kepada keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang para penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines penerbangan MH370.
 
 
Antara nama besar yang dijadualkan membuat persembahan ialah Christina Aguilera, Rain, LifeHouse dan Craig David. Berikut ialah kenyataan penuh PETRONAS mengenai pembatalan ini:-
 

It is truly a tragedy and we are deeply saddened about the crew and passengers of flight #MH370. As the sponsor of Twin Towers Alive 2014, we have concluded with event organizer Live At Work Sdn Bhd and other fellow sponsors to cancel TTA 2014 as a sign of respect to the families & next-of-kin of the crew and passengers of flight MH370. Our deepest condolences to them. We will honor our obligation to ensure all related parties impacted by this cancellation be treated fairly.
 
Tahniah diucapkan atas keputusan ini. Satu keputusan yang sangat kena dengan sensitiviti dan pastinya membuatkan orang ramai lebih menghormati PETRONAS.


Penyanyi Bienda Hamil Anak Kedua

♠ Posted by Unknown in
 
Penyanyi Bienda yang kini menjadi penyampai radio sambilan di KLFM telah memberitahu pendengar radio itu yang dia sedang hamil anak kedua.
Dari nada suaranya jelas yang dia amat gembira untuk menyambut kelahiran anak kedua selepas Lavienda Namiraz Kamarul Zariman yang kini berusia dua tahun.
Bercakap kepada Harian Metro, Bienda yang ketika itu sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu bersama suami dan keluarga mentuanya, mengesahkan berita tersebut.
Menurutnya, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti dan menyelam (diving) bagi melihat keindahan terumbu karang di situ. Bagaimanapun dua minggu sebelum tarikh itu, dia mengalami muntah yang agak teruk.
Mulanya Bienda sangka kerana cuaca yang tak menentu. Dalam pada itu dia suaminya membuat ujian kehamilan dan mendapati hasilnya positif dan apabila berjumpa doktor, dia disahkan hamil dua bulan.
Disebabkan keadaannya ini, Bienda tidak jadi meneruskan aktiviti menyelam dan hanya bersantai menikmati keindahan Pulau Perhentian.
Dia tidak kecewa kerana keadaan kandungannya lebih penting. Lagipun yang penting matlamatnya ke situ adalah untuk berehat.

Emma Maembong Dan Zizan Razak Beromantik Di Instagram

♠ Posted by Unknown in
 
Orang dulu-dulu ada berkata, kalau masa bercinta semuanya indah. Yang busuk jadi wangi, yang jahat pun jadi baik, tetapi biasalah itu semua adat orang bercinta dan Kita pun dah lalui semua itu.
 
Sebab itulah bila tengok pasangan yang sedang bercinta kadang-kadang dicuit rasa lucu tapi tak kurang juga yang over sampai naik menyampah dibuatnya, oops!
Tetapi siapalah kita nak pertikaikan cara pasangan bercinta meluahkan isi hati masing-masing kan?
 
Kalau komen lebih nanti orang kata kita cemburu tak pun dengki, maklumlah perasaan orang yang sentiasa solo macam saya ini mana nak sama dengan mereka yang dilamun cinta.
 
Tengok sahajalah pasangan comel si Zizan Razak dan Emma Maembong yang sekian lama berahsia mengenai status mereka akhirnya kini tidak lagi menyembunyikan perasaan yang terbuku dihati mereka.
 
Ucapan sayang, rindu dan I miss you sudah menjadi kalimat wajib sebagai tanda hati mereka saling memiliki.
 
Saya perasan hal ini bila melihat Instagram milik Emma yang memuat naik gambar dia dan buah hatinya, Zizan dengan caption ‘saya rindukan awak @zizanrazak869’.
 
Setelah beberapa ketika pengacara dan pelakon popular itu membalas nota cinta yang dikirim aktres kacukan itu.
 
Dengan menggunakan gambar yang sama, Zizan dengan kata penuh romantis membalas ‘I miss you too sayang @emma_maembong’.
 
Pasangan ini terpisah buat sementara waktu kerana Emma kini sedang bercuti bersama teman dan adik beradiknya ke Phuket, Thailand. Biasalah bila berjauhan dan demam rindu, hanya ucapan sebegini dapat hilangkan sakit angau kan.
 
Haaaa macam ini barulah best. Tiada orang nak berteka-teki dan si artis pun tak susah payah nak sembunyi pasal perasaan masing-masing. Semua suka tengok pasangan selebriti popular ini sebab sama cantik sama padan.
 
Mereka pun khabarnya tidak akan menunggu lama untuk mendirikan rumahtangga.

David Beckham Adalah `Underwear Model Of The Century!`

♠ Posted by Unknown in
 
Bekas bintang bolasepak terkemuka, David Beckham telah dinamakan sebagai model seluar dalam terbaik dunia.
 
Gelaran itu telah diberikan oleh pereka fesyen, Tommy Hilfiger kerana dia percaya ahli sukan berusia 38 tahun yang telah pun mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia bola sepak sejak tahun lalu, mempunyai kemampuan untuk tampil dengan wajah menggoda biarpun mengenakan pakaian yang sangat minimal.
 
"Saya telah melihat pelbagai jenis model seluar dalam tetapi kesemua mereka berharap mereka akan kelihatan seperti David Beckham. Dia ibarat model seluar dalam abad ini," kata Tommy Hilfiger.
 
Bintang kacak itu mual tampil sebagai model seluar dalam pada 2007 apabila dia tampil bersama isterinya, Victoria Beckham dalam kempen Emporio Armani pada 2007.
Pada 2012, dia telah memperlihatkan bentuk badannya yang penuh maskulin itu sewaktu tampil dengan jenama pakaian dalamnya sendiri untuk butik fesyen high street, H&M
 
Bagaimanapun, Beckham pernah menyatakan bahawa ketiga-tiga anak lelakinya, Brooklyn, 15, Romeo, 11, dan Cruz, 9, sebenarnya cukup malu apabila mereka melihatnya berposing dengan hanya berseluar dalam.

Hanis Zalikha , Duta Safi Balqis Terbaru

♠ Posted by Unknown in
 
Nampaknya tahun 2014 ialah tahun Hanis Zalikha mula memacu nama untuk menjadi lebih dikenali dalam industri hiburan. Semakin banyak program yang melibatkan dirinya dan lihat keupayaan Hanis berlakon dan mengacara juga semakin bertambah baik. Mana tahu ada rezeki boleh menang ABPBH tahun ini untuk kategori Artis Baru Wanita Popular. Sama-samalah kita doakan.
 
 
Semoga nama Hanis Zalikha bertambah kukuh dalam industri hiburan di masa hadapan. Selamat maju jaya dan tahniah sekali lagi atas perlantikan ini.
 

Akaun Twitter Burgerbyte Timbulkan Kontroversi, Zizan Razak Akan Siasat Siapa Bertanggungjawab

♠ Posted by Unknown in ,
 
Sejak perniagaan Burgerbyte mula dikenali dan diuruskan secara francais oleh pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal Zizan Razak sekitar tahun lepas, jarang kita mendengar pelanggan mengadu tentang masalah serius.
 
Namun ramai yang terkejut dengan kenyataan dikeluarkan di Twitter milik Burgerbyte malam tadi seolah-olah label makanan itu mempersoalkan status halal dan identiti pesaing mereka yang bukan Islam.
Segalanya bermula apabila seorang individu bertanya secara umum tentang keenakan Burgerbyte di laman Twitter sebelum seorang individu lain mengesyorkan agar dia mencuba makanan myBurgerLab.
 
 
Bagaimanapun secara tiba-tiba Burgerbyte turut membalas perbualan di laman sosial tersebut dengan mempersoalkan tindakan masyarakat Melayu yang sering makan di restoran bukan Islam.
 
 
Tindakan Burgerbyte itu telah mewujudkan sentimen negatif dan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan pengikutnya. Malah isteri kepada pengacara JJCM, Nazrudin Habibur Rahman turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan.
 
 
Zizan selaku pemilik Burgerbyte cawangan Damansara Perdana , Telah dihubungi .Bagi mendapatkan penjelasan namun selebriti itu meminta diberikan sedikit waktu untuk menyiasat perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, restoran Burgerbyte mula ditubuhkan pada Disember 2012 oleh Chef Nasirudin Abu Hassan sebelum Zizan tertarik untuk membuka francais bersama rakan kongsinya tahun lepas.
 
 
 
 
 

Gambar Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar , Tauke Jambu Kontroversi Yang Melanda Kepada Dirinya

♠ Posted by Unknown in ,
 
Agak terkejut juga semalam apabila melihat beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam yang telah tersebar di blog-blog hiburan tempatan.
Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.
Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.
“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.
Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.
Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.
 
 “Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.
Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”
 
Dalam pada itu, Tauke yang baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana dia kini sudah berubah dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja.

Chef Wan Mahu Lihat Reaksi Rakyat Malaysia Tentang MH370

♠ Posted by Unknown in
Ya inilah penerangan daripada Chef Wan tentang gurauannya mengenai serpihan MH370. Agak panjang lebar penjelasan yang diberikan. Tidak tahu sama ada kita selaku rakyat Malaysia boleh menerima alasan ini. Secara kesimpulannya, Chef Wan mahu melihat reaksi rakyat Malaysia dan beliau sudah pun bersedia untuk menerima kesan daripada gurauannya itu.


Terang Chef Wan di akaun Instagramnya:-

    Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth.

    Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger!

    My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”.
    Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction!

    Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes.

    Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful.
    Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…

    Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”


Membaca komen di akaun Instagram Chef Wan, ternyata ramai yang tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh beliau. Pada pendapat mereka, perkara sebegini tidak boleh dijadikan gurauan kerana ia adalah isu yang sangat sensitif. Hmmm… Ada benarnya juga komen-komen itu. Apa pula pendapat anda?

Ahli Perniagaan Saman Pelakon Zarina Anjoulie

♠ Posted by Unknown in ,
 
Pelakon Zarina Anjoulie yang dulunya lebih dikenali dengan panggilan ‘anak pontianak’ kerana lakonannya dalam drama Anak Pontianak kini dilaporkan telah disaman oleh seorang ahli perniagaan berkaitan isu penipuan sebuah kereta mewah.
 
Kevin Shah Kadar Shah, 33, telah memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.
 
Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya dan telah meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, untuk kegunaan harian.
 
Namun selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.
 
Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.
 
Beliau juga mendakwa Zarina berkomplot dengan beberapa individu lain untuk melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor pendaftaran kenderaan itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milik Kadar Shah.
 
Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kenderaan itu adalah tidak sah dan terbatal.
 
Sumber: mstar online

Ezliza Loy Dapat 7A Untuk SPM

♠ Posted by Unknown in
Wow. Memang budak-budak zaman sekarang makin pandai nampak gayanya. Adik kepada pelakon popular, Elfira Loy iaitu Ezliza Loy adalah salah seorang yang mengambil keputusan SPM hari ini. Jutaan tahniah diucapkan kepada Ezlila kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A. Bukan calang-calang orang boleh dapat keputusan sebegini.
 
 
Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Ezliza Loy sendiri menerusi laman sosialnya. Pasti ahli keluarga Ezliza bangga dengan keputusan cemerlang ini.
 
 


 
Dengar ceritanya Ezliza ingin menyambung pelajaran ke luar negara. Semoga cita-cita tersebut akan tercapai. Tahniah sekali lagi!!!
 
 

Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi

♠ Posted by Unknown in
Susulan tersebarnya berita permohonan cerai yang telah difailkan oleh Sari Yanti pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, suami kepada pelakon cilik ini, Edy Casmadi enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Menurut Edy, dirinya bukan selebriti dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai permohonan cerai itu.
 
 
Edy Casmadi ditemui oleh wartawan Mstar Online ketika sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Kata Edy:-
 

Tanya dia (Sari Yanti), jangan tanya saya. Lebih baik dia yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti. Saya tidak bersetuju dengan penceraian

 
 
Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.
 

Kacamata Paul Walker Dijual Mahal

♠ Posted by Unknown in
 
Segala sesuatu yang berhubungan dengan artis memang akan semakin bernilai saat yang bersangkutan meninggal. Dan rupanya hal itu yang terjadi pada kacamata milik Paul Walker ini.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, kacamata ini disebut-sebut sebagai kacamata yang dikenakan Paul saat mengalami kecelakaan. Ada seseorang yang mengambilnya dari lokasi kejadian dan menjualnya pada BidAMI.com.
 
Kini, barang tersebut menjadi salah satu memorabilia andalan yang dilelang lewat laman itu. Namun hingga berita ini ditulis, belum diketahui siapa orang yang menemukan dan menjual barang tersebut.

Salah satu sumber mengatakan bahwa penjual barang tersebut awalnya telah diminta meninggalkan lokasi. Namun dia bertindak nekat dan kembali ke TKP tanpa sepengetahuan polisi untuk mencari barang-barang yang tersisa dari kecelakaan pada tanggal 30 November tersebut.

Paul sendiri meninggal di lokasi kejadian karena kecelakaan yang dialaminya memang sangat parah. Selain Paul, Roger Rodas yang saat itu berada di posisi pengemudi juga ikut meninggal dunia.
 

Filem ' The Journey ' Kini Mendapat Kutipan Sebanyak RM17.16 Juta

♠ Posted by Unknown in ,
 
Sebuah filem tempatan berbahasa cina yang tersangatlah best. Filem yang banyak berlatar-belakangkan Cameron Highland ini pada kami simple sahaja tapi punya maksud yang cukup bermakna. Kutipan terkini The Journey kini mencecah RM17.16 juta dan masih lagi ada ditayangkan di pawagam.
Tahniah kerana filem-filem sebegini yang mengangkat industri filem tempatan dan filem seperti ini yang rakyat Malaysia mahukan tetapi hingga kini masih banyak lagi filem hantu yang tak menakutkan dan juga filem lawak tak kesudah. Tak perasan ke rakyat Malaysia semakin bijak memilih filem membina untuk mereka tonton?